Al-Quran adalah sebuah kitab atau wahyu daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang diperantara oleh Jibrail. Penyampaiannya secara mutawattir dan membacanya adalah ibadah serta mendapat pahala.
Al-Quran ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat kepada seluruh alam dan juga sebagai panduan serta peringat kepada ummat Nabi Muhammad SAW.
Sesungguh di dalam Al-Quran terdapat 114 surah dan setiap surah itu mempunyai isi kandungan, peringatan, dan kelebihan tersendiri.
Namun hari ini disini akan menceritakan sedikit berkenaan kelebihan membaca Surah Al-Kahfi. Perkongsian ini hasil cedokan dari Tafsir Ibnu Kathir.
1.
Al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanadnya sendiri bahawa Nabi SAW bersabda : "Siapa yang membaca surah al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, maka itu menjadi cahaya baginya pada hari Kiamat." [HR Al-Baihaqi : As-Sunan al-Kubraa]
2.
Imam Ahmad meriwayatkan dari al-Bara', Bahawa ada seorang laki-laki membaca al-Kahfi di dalam rumah yang terdapat binatang. Lantaran bacaannya itu, binatang tersebut pun pergi. Lalu ia memandang ke atas dan tiba-tiba datang gumpalan awan seperti mendung dan meliputi dirinya. Lalu ia memberitahu hal keadaannya kepada Rasulallah SAW dan baginda bersabda :
"Bacalah fulan (surah al-Kahfi), sebab yang engkau alami adalah ketenangan yang turun disisi al-Quran atau turun kerana al-Quran (dibacakan)." [Ahmad : Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal]
3.
Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Abu Darda' dari Nabi SAW, bahawa baginda bersabda :
"Siapa menghafal 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi, maka ia terlindung dari Dajjal."
Hadis ini juga diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, an-Nasa-i, dan at-Tirmidzi.
Alhamdullah, sungguh besar fadhilat yang telah di janjikan kepada kita iaitu ummat Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua tidak melepaskan keuntungan yang besar ini.
Wallahu'alam :-)








