Thursday, 27 October 2016

Perkara Sunat Hari Jumaat


Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihannya masing-masing. Namun begitu disini akan membincangkan berkenaan dengan kelebihan hari Jumaat dan perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”  (HR. Muslim)

Antara perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat adalah seperti dibawah :


1. 

Memperbanyaakan Selawat kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagaimana sabdanya :


عَنْ أَبِى أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَة
ً
Dari Abi Umamah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku. (HR al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, No. 6208)



2.  

Bersegera ke masjid bagi lelaki untuk menunaikan solat Jumaat.

Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.”
(Shahih HR. Bukhari)

Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, ”Makna hadis ini iaitu para sahabat memulai solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeza dengan kebiasaan mereka pada solat dzuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian solat ketika matahari telah rendah panasnya.”

(Lihat *Fathul Bari II/388)



3

Pergi ke masjid sunat dengan keadaan yang ceria cantik dan juga berwangi-wangian.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulakan khutbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.”
(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)



4

Ketika mendengar khutbah mestilah mendengar dengan fokus dan juga beradab. Perlu dielakkan duduk dalam keadaan memegang lutut dan menrapatkan ke dada.

“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah iaitu dengan cara duduk sambil memegang lutut pada ketika solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.”
(Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)



5

Disunatkan kepada muslimin atau muslimat untuk membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat.

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)




Semoga kita semua tidak melepaskan kelebihan yang telah disediakan kepada kita semua sebagai Ummat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan juga sebagai bonus kepada kita semua.


Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”  (HR. Muslim)




0 comments:

Post a Comment