Guru adalah seorang yang banyak jasanya dalam hidup kita, tidak kiralah guru dari peringkat mana sekali pun samada peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, atau dijalanan sekali pun.
Justeru itu kita perlu menghormati dan menghargai guru kita kerana hal inilah yang dicontohkan oleh para ulama' dan Baginda Rasulallah S.A.W sendiri.
Rasulullah sallallahualaihi wasallam bersabda;
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يُجِلَّ كَبِيرَنَا، وَيَرْحَمْ صَغِيرَنَا، وَيَعْرِفْ لِعَالِمِنَا
“Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak memuliakan yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda serta yang tidak mengerti (hak) orang yang berilmu (agar diutamakan pandangannya).” (Riwayat Ahmad)
Ar-Rabi’ bin Sulaiman berkata;
مَا وَاللَّهِ اجْتَرَأْتُ أَنْ أَشْرَبَ الْمَاءَ وَالشَّافِعِيُّ يَنْظُرُ إِلَيَّ هَيْبَةً لَهُ
“Demi Allah, aku tidak berani meminum air dalam keadaan al-Syafi’e melihatku kerana segan kepadanya.”
Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi rahimahullah, Umar bin al-Khattab radhiallahu ‘anhu mengatakan;
تَوَاضَعُوا لِمَنْ تَعَلَّمُونَ مِنْهُ
“Tawadhu’lah kalian terhadap orang yang mengajari kalian.”
Manakala Imam al-Syafi’e rahimahullah berkata;
كنت أصفح الورقة بين يدي مالك صفحًا رفيقًا هيبة له لئلا يسمع وقعها
“Dulu aku membolak-balikkan kertas di depan gurunya (Imam Malik) dengan sangat lembut kerana segan kepadanya dan supaya dia tidak mendengarnya.”
Begitulah betapa perlu dan pentingnya kita dalam menghormati dan menghargai guru. Disini saya ingin kongsikan 5 idea cara kreatif bagi menghargai guru.
Mengadakan majlis sambutan hari guru dengan inisiatif sendiri. Kita tidak perlu hanya menuggu tarikh 16 Mei atau pihak sekolah sahaja untuk mengadakan majlis sambutan hari guru. Kerana pada tarikh tersebut sudah pasti pihak sekolah akan mengadakan majlis sambutan hari guru dan ada juga guru sendiri yang adakan majlis sambutan hari guru untuk mereka sendiri. Jadi baiknya juga jika kita sendiri yang mengadakan majlis hari guru tersendiri walau secara kecilan seperti pergi berkelah ke, atau happy hour ke, atau mengikut kreativiti masing-masing. Mungkin dengan cara ini guru akan merasa lebih terharu. Tarikh 16 Mei disambut juga, majlis lainnya diadakan juga :-)
Sesiapa pun akan gembira bila mendapat hadiah begitu juga dengan guru kerana mereka pun seorang manusia. Dalam memilih hadiah untuk dihadiahkan kepada guru, pilihlah sesuatu hadiah yang disukai dan digemari oleh guru. Lebih-lebih lagi jika hadiah itu mempunyai nostalgia antara anda dengan guru anda iai mampu membawa nilai sentimental yang tinggi dan dihargai. Bagaimana ingin tahu hadiah apa yang disukai guru? Jawapannya rapatilah guru anda. Tetapi ingat jangan prank pula ye :-)
Memberi kad dan surat ucapan. Jika anda tidak mampu memberikan hadiah yang mempunyai nilai sentuhan hati kepada guru anda, anda juga boleh memberikan kepada guru anda kad atau surat ucapan. Walaupun dengan hanya kad atau surat ucapan ia mampu membawa nilai sentimental yang tinggi kepada guru anda. Contoh yang saya datangkan antara ucapan hari raya melalui Whatsapp atau SMS berbanding dengan kad raya yang mana anda akan rasa lebih menghargai dan dihargai? Anda sendiri faham kan. Tetapi pastikan tulisan cantik dan senang dibaca :-)
Mengapa tidak jarang-jarang sekali kita belanja guru kita? Ini bukan membawa membawa maksud guru kita tidak mempunyai wang, tetapi inilah antara cara untuk kita lebih mendekati guru kita. Belanja apa sahaja yang termampu seperti hand bag, baju, makan dan sebagainya lagi.
Dan yang terakhir sekali ziarahilah guru kita ke rumahnya. kerana dengan tindakan ini lebih membawa keakraban kita dengan guru kita. Lebih-lebih lagi jika kita juga menjemput guru kita kerumah kita dan memperkenalkan kepada ibu bapa kita sendiri. Membawa keakraban didalam keluarga itu lebih bagus kerana boleh memberi kita suatu rasa kekeluargaan dengan guru kita sendiri.
Akhir kalam, hormati dan hargailah guru kita. Kerana tanpa mereka sehingga kini kita tidak akan mampu mengeja, mengira, dan membaca.
Wallahu'allam. :-)















0 comments:
Post a Comment