Thursday, 12 May 2016

Kursus Rawatan Islam

Alhamdulillah Kursus Ilmu Rawatan Islam Bersiri bagi Siri 1 telah selamat dijalankan.

Kursus Ini telah dianjurkan oleh Qalam Imtiaz Konsultant telah menjemput Ustaz Dahim Bin Jalal seorang Pembimbing Kursus Ilmu Rawatan Islam Bertauliah untuk membimbimh peserta kursus ilmu rawatan Islam bagi siri pertama ini.

Pada asalnya kursus ini telah dirancang untuk diadakan di Darul Iqra Sg Merab, namum kerana beberapa masalah kursus ini terpaksa dipindahkan ke Masjid As-Solihin Teras Jernang, Bangi bagi meneruskan kelangsungan kursus.

Kursus ini akan diadakan sebanyak 7 siri untuk setiap pengambilan dan ini adalah siri pertama bagi pengambilan yang pertama. Siri seterusnya bagi pengambilan yang pertama akan diadakan pada Julai 2016, dan pengambilan yang kedua akan diadakan pada bulan Ogos 2016 in sha Allah.




Peserta sedang khusyuk mengikuti Kursus Rawatan Islam bersama Ustaz Dahim Bin Jalal 



Antara peserta yang sempat bergambar dengan Pembimbing Ilmu Rawatan Islam Bertauliah Ustaz Dahim Bin Jalal.

0 comments:

Post a Comment