Thursday, 3 November 2016

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi


Al-Quran adalah sebuah kitab atau wahyu daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang diperantara oleh Jibrail. Penyampaiannya secara mutawattir dan membacanya adalah ibadah serta mendapat pahala.

 Al-Quran ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat kepada seluruh alam dan juga sebagai panduan serta peringat kepada ummat Nabi Muhammad SAW.

Sesungguh di dalam Al-Quran terdapat 114 surah dan setiap surah itu mempunyai isi kandungan, peringatan, dan kelebihan tersendiri.

Namun hari ini disini akan menceritakan sedikit berkenaan kelebihan membaca Surah Al-Kahfi. Perkongsian ini hasil cedokan dari Tafsir Ibnu Kathir.


1. 

Al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanadnya sendiri bahawa Nabi SAW bersabda : "Siapa yang membaca surah al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, maka itu menjadi cahaya baginya pada hari Kiamat." [HR Al-Baihaqi : As-Sunan al-Kubraa]



2. 

Imam Ahmad meriwayatkan dari al-Bara', Bahawa ada seorang laki-laki membaca al-Kahfi di dalam rumah yang terdapat binatang. Lantaran bacaannya itu, binatang tersebut pun pergi. Lalu ia memandang ke atas dan tiba-tiba datang gumpalan awan seperti mendung dan meliputi dirinya. Lalu ia memberitahu hal keadaannya kepada Rasulallah SAW dan baginda bersabda :
"Bacalah fulan (surah al-Kahfi), sebab yang engkau alami adalah ketenangan yang turun disisi al-Quran atau turun kerana al-Quran (dibacakan)." [Ahmad : Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal]




3. 

Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Abu Darda' dari Nabi SAW, bahawa baginda bersabda :
"Siapa menghafal 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi, maka ia terlindung dari Dajjal."
Hadis ini juga diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, an-Nasa-i, dan at-Tirmidzi.



Alhamdullah, sungguh besar fadhilat yang telah di janjikan kepada kita iaitu ummat Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua tidak melepaskan keuntungan yang besar ini.

Wallahu'alam :-)

Thursday, 27 October 2016

Perkara Sunat Hari Jumaat


Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihannya masing-masing. Namun begitu disini akan membincangkan berkenaan dengan kelebihan hari Jumaat dan perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”  (HR. Muslim)

Antara perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat adalah seperti dibawah :


1. 

Memperbanyaakan Selawat kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagaimana sabdanya :


عَنْ أَبِى أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَة
ً
Dari Abi Umamah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku. (HR al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, No. 6208)



2.  

Bersegera ke masjid bagi lelaki untuk menunaikan solat Jumaat.

Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.”
(Shahih HR. Bukhari)

Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, ”Makna hadis ini iaitu para sahabat memulai solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeza dengan kebiasaan mereka pada solat dzuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian solat ketika matahari telah rendah panasnya.”

(Lihat *Fathul Bari II/388)



3

Pergi ke masjid sunat dengan keadaan yang ceria cantik dan juga berwangi-wangian.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulakan khutbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.”
(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)



4

Ketika mendengar khutbah mestilah mendengar dengan fokus dan juga beradab. Perlu dielakkan duduk dalam keadaan memegang lutut dan menrapatkan ke dada.

“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah iaitu dengan cara duduk sambil memegang lutut pada ketika solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.”
(Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)



5

Disunatkan kepada muslimin atau muslimat untuk membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat.

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)




Semoga kita semua tidak melepaskan kelebihan yang telah disediakan kepada kita semua sebagai Ummat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan juga sebagai bonus kepada kita semua.


Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”  (HR. Muslim)




Friday, 27 May 2016

Persiapan Menjelang Ramadhan



Bulan Ramadhan sudah kian hampir. Bulan yang diberikan banyak kemuliaan oleh Allah SWT untuk hambanya ummat Islam. Bulan yang diberi lebih ganjaran berbanding bulan lainnya, dan banyak lagi kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita dalam bulan Ramadhan, antaranya :-


1. Sebagai penghapus dosa

 Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.;

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ، إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

“Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan ramadhan ke ramadhan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”. (Riwayat Imam Muslim)


2. Malam Lailatul Qadr

Nabi s.a.w. dalam sabdanya;

تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ

“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)



3. Dibuka pintu Syurga dan ditutup pintu Neraka

Sabda Rasulullah s.a.w;

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ

“Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; “Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)”. Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.)


Dan banyak lagi kelebihan bulan Ramadhan jika disenaraikan semua disini. Tetapi persoalannya sejauh mana kah persiapan kita terhadap kedatangan Ramadhan tidak lama lagi? Adakah hanya sekadar menyediakan bekalan buah tamar atau kurma? atau senarai menu yang hendak dimasak ketika berbuka dan sahur? Ataupun senarai bazar Ramadhan yang akan dikunjungi nanti?

Disini saya cuba senaraikan 7 senarai semak persiapan kita sebelum menghadapi Ramadhan.




1.

Allah SWT. dalam firman-Nya: “…Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang lain…” (Surah al-Baqarah, ayat 184).

Puasa wajib diganti sekiranya tertinggal atau sengaja meninggalkan puasa. Sebelum masuknya Ramadhan yang tidak lama lagi ini lebih baik kita semak balik adakah kita sudah gantikan atau qada' semua puasa kita yang tertinggal pada Ramadhan yang lalu. Jika terlambat dan tidak terganti sebelum Ramadhan yang hampir tiba ini, maka kita perlu menggantikan juga puasa yang tertinggal itu tetapi bersama dengan fidyah. Jom sama-sama semak balik :-)




2.

Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu, ia berkata, “Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam menganjurkan solat malam pada bulan Ramadhan tanpa memberi perintah yang mewajibkan. Lalu beliau bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
“Barangsiapa solat malam pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, necaya diampunilah dosa-dosanya yang telah lampau." (HR. Bukhari & Muslim)

Qiamullai sememangnya dianjurkan pada bila-bila malam selain bulan Ramadhan, tetapi pada bulan Ramadhan terdapat banyak keistimewaannya. Contohnya qiamullail di bulan Ramadhan dijanjikan Allah akan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu. Selain itu juga dijanjikan malam seribu bulan juga pada malam di bulan Ramadhan pada 10 akhir Ramadhan. Oleh itu bermula sekarang latihlah diri kita untuk rajin qiamullail sebelum masuknya Ramadhan yang semakin hampir ini moga-moga di bulan Ramadhan nanti lebih meringankan kita atas sebab kebiasaan, lantan memudahkan sahur :-)




3.

Telah diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل ، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيُدارسه القرآن ، فالرسول الله صلى الله عليه وسلم أجودُ بالخير من الريح المرسَلة

“Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan ketika beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari)

Rasulallah sollallahu 'alaihi wa sallam sememangnya seorang yang pemurah tetapi Baginda lebih pemurah pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita sebagai ummatnya teramat bagusnya jika kita melaksanakan apa yang dilaksanakan oleh Baginda walaupun hanya amalan sunat. Persiapannya bermula sekarang kita sediakan tabung bagi mengumpul duit atau sebagainya untuk disedekahkan pada bulan Ramadhan, kerana pada bulan Ramadhan ganjarannya lebih utama lantas mengikuti jejak sunnah Rasulallah sollallahu 'alaihi wa sallam :-) 




4.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ

“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum sahaja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu(sia-sia) dan rofats(lucah). Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat tidak baik padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa.” (HR. Ibnu Majah dan Hakim)

Berpuasa ada juga pantang larangnya, tetapi bukan pantang larang dari segi duniawi tetapi bahaya dari segi ukhrawi iaitu dirisaukan puasa yang diamalkan pada bulan Ramadhan nanti akan jadi sia-sia. Antara sebab yang menyebabkan puasa jadi sia-sia dalah kerana suka bercakap perkara sia-sia dan lucah. Jadi untuk menyelamatkan keadaan kita kita perlu melatih diri dari sekarang untuk mengurangkan perkacapan yang sia-sia atau untuk lebih senang lagi diam itu lebih selamat. :-)



5.


Di dalam sebuah hadits ada menyatakan bahawa solat di awal waktu itulah yang paling afdhal,

عَنْ أُمِّ فَرْوَةَ قَالَتْ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَىُّ الأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ . الصَّلاَةُ فِى أَوَّلِ وَقْتِهَا 

Dari Ummu Farwah, ia berkata, “Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya, amalan apakah yang paling afdhal. Baginda pun menjawab, “Solat di awal waktunya.” (HR. Abu Daud)

Solat diawal waktu adalah antara yang paling utama. Oleh itu pada bulan Ramadhan ambillah kesempatan kelebihan dalam bulan Ramadhan untuk mendapatkan amalan paling afdhal ini. Pada bulan Ramadhan adalah bulan paling senang untuk solat menepati waktu, sebagai contoh waktu Subuh. Sesudah sahur kita sudah boleh bersedia untuk solat malahan berjemaah lagi. Zohor sebagai contoh seterusnya, pada waktu itu kita tidak lagi sibuk dengan merarau. Namun begitu, kita tidak perlu menanti Ramadhan tetapi kita perlu melatih diri sebelum Ramadhan lagi iaitu sekarang :-)




6.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم َرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Quran) maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu dilipatgandakan dengan sepuluh (pahala). Aku tidak mengatakan Alif Laam Mim adalah satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf (HR. Tirmidzi)

Dari hadis yang lainnya.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - أَجْوَدَ النَّاسِ ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِى رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ ، وَكَانَ يَلْقَاهُ فِى كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ

Dari Ibnu Abbas, ia berkata: "Rasulullah SAW adalah orang yang paling murah hati, lebih-lebih ketika bertemu Jibril di bulan Ramadhan. Beliau bertemu Jibril pada pada setiap malam bulan Ramadhan untuk tadarus Al-Qur'an" (HR. Bukhari)

Sesungguhnya tilawah atau membaca al-Quran ini banyak ganjarannya walaupun pada hari biasa pun. Jika di bulan Ramadhan lebih lagi ganjaran yang diberikan. Sebagusnya kita menjejaki sunnah Nabi SAW yang bertadarus pada bulan Ramadhan. Namun amat rugi jika kita hanya menunggu bulan Ramadhan sahaja. Lebih baiknya kita buat persiapannya bermula sekarang. :-)




7.

Di dalam satu hadis :-

ﻤﻥﺍﺮﺍﺪﺍﻠﺪﻨﻴﺎﻔﻌﻠﻴﻪ ﺒﺎﻠﻌﻠﻢ ﻮﻤﻥﺍﺮﺍﺪﺍﻷﺨﺮﺓ ﻔﻌﻠﻴﻪ ﺒﺎﻠﻌﻠﻢ ﻮﻤﻥﺍﺮﺍﺪ ﻫﻤﺎ ﻔﻌﻠﻴﻪ ﺒﺎﻠﻌﻠﻢ

Barang siapa ingin (memperoleh kebahagiaan) di dunia, hendaklah ia berilmu, barang siapa ingin (memperoleh kebahagiaan) di akhirat, hendaklah ia berilmu, dan barang siapa ingin memperoleh keduanya (kebahagiaan di dunia dan di akhirat) hendaklah ia berilmu. (HR Ahmad)

Di mana-mana pun ilmu adalah sebuah perkara yang amat penting. Begitulah juga dengan menghadapi Ramadhan nanti. Untuk mendapatkan dan mengetahui lebih ganjaran yang dijanjikan Allah SWT mestilah kita perlu rajin mencari dan menuntut ilmu berkenaan dengan puasa dan Ramadhan. Dengan adanya ilmu berkaitan puasa dan Ramadhan in sha Allah lebih banyak lagi persiapan dan juga amalan yang menjanjikan berlipat kali ganda ganjaran dari Allah SWT. :-)



Setakat ini sahaja perkongsian pada kali ini, moga-moga kita lebih bersedia menghadapi bulan Ramadhan yang sedang hampir nanti.

Wallahu'allam

:-)



Monday, 16 May 2016

5 Cara Kreatif Menghargai Guru



Guru adalah seorang yang banyak jasanya dalam hidup kita, tidak kiralah guru dari peringkat mana sekali pun samada peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, atau dijalanan sekali pun.

Justeru itu kita perlu menghormati dan menghargai guru kita kerana hal inilah yang dicontohkan oleh para ulama' dan Baginda Rasulallah S.A.W sendiri.

Rasulullah sallallahualaihi wasallam bersabda;

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يُجِلَّ كَبِيرَنَا، وَيَرْحَمْ صَغِيرَنَا، وَيَعْرِفْ لِعَالِمِنَا
“Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak memuliakan yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda serta yang tidak mengerti (hak) orang yang berilmu (agar diutamakan pandangannya).” (Riwayat Ahmad)


Ar-Rabi’ bin Sulaiman berkata;

مَا وَاللَّهِ اجْتَرَأْتُ أَنْ أَشْرَبَ الْمَاءَ وَالشَّافِعِيُّ يَنْظُرُ إِلَيَّ هَيْبَةً لَهُ
“Demi Allah, aku tidak berani meminum air dalam keadaan al-Syafi’e melihatku kerana segan kepadanya.”


Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi rahimahullah, Umar bin al-Khattab radhiallahu ‘anhu mengatakan;

تَوَاضَعُوا لِمَنْ تَعَلَّمُونَ مِنْهُ
“Tawadhu’lah kalian terhadap orang yang mengajari kalian.”


Manakala Imam al-Syafi’e rahimahullah berkata;

كنت أصفح الورقة بين يدي مالك صفحًا رفيقًا هيبة له لئلا يسمع وقعها
“Dulu aku membolak-balikkan kertas di depan gurunya (Imam Malik) dengan sangat lembut kerana segan kepadanya dan supaya dia tidak mendengarnya.”



Begitulah betapa perlu dan pentingnya kita dalam menghormati dan menghargai guru. Disini saya ingin kongsikan 5 idea cara kreatif bagi menghargai guru.





Mengadakan majlis sambutan hari guru dengan inisiatif sendiri. Kita tidak perlu hanya menuggu tarikh 16 Mei atau pihak sekolah sahaja untuk mengadakan majlis sambutan hari guru. Kerana pada tarikh tersebut sudah pasti pihak sekolah akan mengadakan majlis sambutan hari guru dan ada juga guru sendiri yang adakan majlis sambutan hari guru untuk mereka sendiri. Jadi baiknya juga jika kita sendiri yang mengadakan majlis hari guru tersendiri walau secara kecilan seperti pergi berkelah ke, atau happy hour ke, atau mengikut kreativiti masing-masing. Mungkin dengan cara ini guru akan merasa lebih terharu. Tarikh 16 Mei disambut juga, majlis lainnya diadakan juga :-)




Sesiapa pun akan gembira bila mendapat hadiah begitu juga dengan guru kerana mereka pun seorang manusia. Dalam memilih hadiah untuk dihadiahkan kepada guru, pilihlah sesuatu hadiah yang disukai dan digemari oleh guru. Lebih-lebih lagi jika hadiah itu mempunyai nostalgia antara anda dengan guru anda iai mampu membawa nilai sentimental yang tinggi dan dihargai. Bagaimana ingin tahu hadiah apa yang disukai guru? Jawapannya rapatilah guru anda. Tetapi ingat jangan prank pula ye :-)





Memberi kad dan surat ucapan. Jika anda tidak mampu memberikan hadiah yang mempunyai nilai sentuhan hati kepada guru anda, anda juga boleh memberikan kepada guru anda kad atau surat ucapan. Walaupun dengan hanya kad atau surat ucapan ia mampu membawa nilai sentimental yang tinggi kepada guru anda. Contoh yang saya datangkan antara ucapan hari raya melalui Whatsapp atau SMS berbanding dengan kad raya yang mana anda akan rasa lebih menghargai dan dihargai? Anda sendiri faham kan. Tetapi pastikan tulisan cantik dan senang dibaca :-)






Mengapa tidak jarang-jarang sekali kita belanja guru kita? Ini bukan membawa membawa maksud guru kita tidak mempunyai wang, tetapi inilah antara cara untuk kita lebih mendekati guru kita. Belanja apa sahaja yang termampu seperti hand bag, baju, makan dan sebagainya lagi.





Dan yang terakhir sekali ziarahilah guru kita ke rumahnya. kerana dengan tindakan ini lebih membawa keakraban kita dengan guru kita. Lebih-lebih lagi jika kita juga menjemput guru kita kerumah kita dan memperkenalkan kepada ibu bapa kita sendiri. Membawa keakraban didalam keluarga itu lebih bagus kerana boleh memberi kita suatu rasa kekeluargaan dengan guru kita sendiri.



Akhir kalam, hormati dan hargailah guru kita. Kerana tanpa mereka sehingga kini kita tidak akan mampu mengeja, mengira, dan membaca.



Wallahu'allam. :-)

Thursday, 12 May 2016

Kursus Rawatan Islam

Alhamdulillah Kursus Ilmu Rawatan Islam Bersiri bagi Siri 1 telah selamat dijalankan.

Kursus Ini telah dianjurkan oleh Qalam Imtiaz Konsultant telah menjemput Ustaz Dahim Bin Jalal seorang Pembimbing Kursus Ilmu Rawatan Islam Bertauliah untuk membimbimh peserta kursus ilmu rawatan Islam bagi siri pertama ini.

Pada asalnya kursus ini telah dirancang untuk diadakan di Darul Iqra Sg Merab, namum kerana beberapa masalah kursus ini terpaksa dipindahkan ke Masjid As-Solihin Teras Jernang, Bangi bagi meneruskan kelangsungan kursus.

Kursus ini akan diadakan sebanyak 7 siri untuk setiap pengambilan dan ini adalah siri pertama bagi pengambilan yang pertama. Siri seterusnya bagi pengambilan yang pertama akan diadakan pada Julai 2016, dan pengambilan yang kedua akan diadakan pada bulan Ogos 2016 in sha Allah.




Peserta sedang khusyuk mengikuti Kursus Rawatan Islam bersama Ustaz Dahim Bin Jalal 



Antara peserta yang sempat bergambar dengan Pembimbing Ilmu Rawatan Islam Bertauliah Ustaz Dahim Bin Jalal.